Saturday, January 22, 2011

PERTEMUAN BERHARGA


Pengurus Teh Songket bersama Puan Rozie.


Bersama Diva

Thursday, January 20, 2011

Stok baru dah sampai

Stok baru dah sampai! Beberapa hari ni nampaknya kami di Teh Songket berkerahan tenaga memunggah dan menyusun stok-stok yang baru sampai.  Jangan berlengah kerana corak-corak semua adalah yang terkini dan panas-panas.

Sut 4.5meter, songket bunga tabur.




Teh Songket menerima lawatan dari regular customer kami, Datuk Mahfuz.

Tuesday, January 18, 2011

Pelbagai corak sampin songket

Bila bercakap tentang sampin songket, tentu semua orang akan mula mengvisualkan suatu watak lelaki yang sedang bersalam dengan Tok Kadi.  Ya, Raja Sehari.  Namun kini, sampin songket juga acapkali dipakai pada hari Jumaat selain di Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.  Corak juga sudah diperbaharui dan dipelbagaikan, terima kasih kepada idea-idea kreatif pakar-pakar menenun songket.

Sampin songket dengan corak eksklusif 


Pelbagai corak sampin jenis cobang


Ambil masa anda untuk memilih, kerana kami ada banyak pilihan sampin songket untuk anda

Monday, January 17, 2011

Baju kurung readymade

Jangan risau andainya anda ada sebarang jamuan rasmi, separa-rasmi untuk dihadiri dalam masa terdekat, kami ada jawapannya.  Carilah kami di No 45, Lot 1,2,3, Aked Malindo ataupun di Bazar Rakyat, Tesco Seremban; dan dapatkan baju-baju kurung songket ready made, kami ada pelbagai pilihan untuk anda.

Pilihan baju kurung readymade di rak, untuk pilihan anda

Baju kurung bunga tabur pastel colour

Sunday, January 16, 2011

Tempahan Korporat

Kami juga menerima tempahan dari pihak korporat untuk menyediakan sampin khas, berserta logo  sebagaimana yang dipaparkan di sini.

Sila lihat di tab Produk untuk melihat produk-produk Teh Songket yang pelbagai.


Teh Songket in the news

Syukur alhamdulillah, sedikit demi sedikit, usaha keras membuahkan hasil dan Teh Songket mula dikenali.



Moga-moga setiap sen ini, diberkati oleh Allah SWT.

Saturday, January 15, 2011

Songket

 Songket sampin sutera
 
Pelbagai corak pilihan disediakan

Friday, January 14, 2011

Songket kami di runway

Terima kasih kepada pereka-pereka fesyen yang percayakan kami, harap usahasama erat ini akan berterusan untuk memajukan industri songket, dan memperkenalkan songket ke persada antarabangsa.





Thursday, January 13, 2011

Kunjungan Singkat

Pada 22 Oktober 2010, Teh Songket telah menerima lawatan singkat dari Mantan Perdana Menteri, juga Dato' Seri Ismail Sabri.

Mantan Perdana Menteri sedang melihat-lihat produk-produk Teh Songket


Terima kasih kerana sudi singgah di kedai kami


Terima kasih Dato' Seri

Tuesday, January 11, 2011

Kaum Adam & Hawa

Hubungi kami untuk tempahan tengkolok, bengkung dan sampin.


Juga tidak dlupakan buat kaum Hawa, anda tentu kelihatan anggun di dalam songket bunga tabur.


Sunday, January 9, 2011

Salam Pengenalan

Selamat berkenalan dengan Teh Songket, sebuah perusahaan yang terlibat dalam pengedaran songket secara runcit mahupun borong, pembuatan songket dan lain-lain bisnes yang berkaitan dengan songket juga tekstil.

Jika anda ada keperluan untuk mencari songket samada untuk hadiah hantaran ataupun untuk dipakai ketika anda menjadi raja sehari, temui kami di Aked Malindo, Jalan Tunku Abdul Rahman; kedai No 45, Lot 1, 2 dan 3.