Teh Songket adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam perusahaan dan pembuatan songket.
Kami adalah pakar dalam merekabentuk, pembuatan juga penjualan songket. Perniagaan kami adalah dalam bentuk runcit dan borong, impot dan ekspot.
Teh Songket bertindak sebagai pemborong dan pembekal kepada butik-butik terkenal di seluruh negara dan usahasama dengan pereka fesyen terkenal yang telah menjadi sahabat dan pelanggan setia kami..
Boleh menerima tempahan dari individu mahupun korporat untuk tempahan pakaian seragam berlogo songket sampin, sut songket perempuan, sut sepasang pengantin lelaki dan perempuan.
Kami ada menjual songket readymade bunga tabur untuk perempuan dan juga ada sut bunga tabur 4.5meter belum dijahit. Songket sampin bercorak eksklusif juga turut dijual.
Kami pernah menerima tempahan dari badan korporat untuk perarakan sempena meraikan Maulidurrasul, Hari Kebangsaan Malaysia dan jubah-jubah universiti. Kami juga pernah mendapat tempahan dari agensi-agensi kerajaan, syarikat perbankan, badan-badan korporat juga dari syarikat-syarikat swasta, tidak melupakan, tempahan-tempahan dari sekolah-sekolah dan asrama-asrama.
Ini adalah di sebuah kilang menenun songket di Karachi, sedang meneliti cara-cara menenun songket.
Ini pula adalah di sebuah kilang di Madras, perbincangan dengan pembekal
Di Terengganu, di sebuah bengkel menenun songket
Temui kami di No. 45, Lot 1,2,3, Aked Malindo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.